Projek Bina Dataran Surau Ar Rahman Kampung Temedak Akan Dilaksana

RABU, 12 JANUARI 2022

KUCHING: Projek pembinaan dataran Surau Ar Rahman di Kampung Temedak yang dijangka mula dilaksanakan tidak lama lagi akan memberi manfaat kepada penduduk di situ.

Simbolik majlis penyerahan projek telah dilakukan oleh wakil dari Pusat Khidmat DUN Pantai Damai dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada agensi pelaksana pada Selasa.

Projek tersebut adalah di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Pantai Damai yang berjumlah RM100,000.

Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Kampung Kampung Temedak, Wan Bosri.-EDISI UKAS

add comment