100 Individu di Daro Terima Dos Penggalak

KHAMIS, 13 JANUARI 2022

DARO: Seramai 100 individu hadir bagi mendapatkan vaksinasi dos penggalak COVID-19 di Dewan Masyarakat Daro didalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Rabu.

Program tersebut bermula pada 10 hingga 28 Januari dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang setiap Isnin dan Jumaat.

Dalam pada itu, Pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyarankan individu yang belum mendapatkan suntikan tersebut supaya hadir secara ‘Walk-In’ terus ke Dewan Masyarakat Daro dengan membawa kad pengenalan dan kad vaksinasi bagi memudahkan proses pendaftaran. – EDISI UKAS

add comment