ADUN Layar dan Ahli Parlimen Betong Serah Cek Kepada Sembilan Organisasi

KHAMIS, 13 JANUARI 2022

BETONG: Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu menyempurnakan penyerahan cek kepada beberapa pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro Wanita dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertempat di Pusat Khidmat DUN Layar pada Rabu.

Sumbangan cek tersebut merupakan sumbangan daripada beliau sendiri dan Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat.

Para penerima cek antaranya PIBG SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong; PIBG SK Nanga Passa, Betong; Biro Wanita Semumok Atas Asal; JKKK Rh Jonathan, Serian Ili; SABERKAS Cawangan Layar; JKKK Selulap Betong; St Margaret Chapel, Nanga Ajau, Layar; St Augustine Church, Betong dan JK Kebajikan dan Rekreasi Anggota Jab Penerangan Malaysia Daerah Betong.

Majlis tersebut diadakan secara ringkas tanpa ucapan rasmi dengan kehadiran yang minimum dan diwakili oleh beberapa wakil daripada setiap penerima cek tersebut dengan mematuhi Prosedure Operasi Standard(SOP).

Selain daripada itu, para penerima sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Layar dan Ahli Parlimen Betong atas keprihatinan menyediakan peruntukan dana bagi mereka meneruskan kesinambungan pelaksanaan aktiviti dan keperluan organisasi tersebut dalam memerangi pandemik COVID-19. – EDISI UKAS

add comment