Dato Sri Fatimah Fokus Teruskan Agenda Pembangunan, Ekonomi Dan Pendidikan Di DUN Dalat

KHAMIS, 13 JANUARI 2022

DALAT: Menteri Wanita, Pembangunan Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah akan meneruskan agenda pembangunan, menambah baik ekonomi dan pendidikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.56 Dalat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat turut berterima kasih kepada pengundi dan AJK Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ranting berkenan kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada beliau pada Pilihan Raya Negeri Sarwak Ke-12 yang lepas untuk meneraju N.56 Dalat.

Dato Sri Fatimah berkata demikian semasa menghadiri Majlis Kesyukuran Bersama AJK PBB Kampung Sungai Ud Dalat di Balairaya Kampung Sungai Ud, Dalat pada Rabu.

Di majlis tersebut, beliau berkesempatan menyampaian cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN N56 Dalat kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), badan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarelawaan untuk pembinaan jalan konkrit, rumah belanga (pembuat sago), naiktaraf gelanggang futsal dan baikpulih rumah persendirian. – EDISI UKAS

add comment