Datuk Francis Harden Serah Bantuan Kepada Golongan Memerlukan

KHAMIS, 13 JANUARI 2022

SIMANGGANG: Nasib malang yang menimpa sebuah keluarga apabila bumbung rumah mereka mengalami kerosakan akibat angin kuat di Taman Harmoni mendapat perhatian daripada Menteri Muda Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis.

Beliau menyampaikan bantuan kepada Ariffin Abu Bakar@Bujang sekeluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut bagi meringankan beban mereka pada Rabu.

Bantuan yang disampaikan adalah cek bernilai RM1,000, kerusi roda dan bakul makanan termasuk sumbangan peribadi Datuk Francis sendiri berjumlah RM1,000. -EDISI UKAS

add comment