JBPM Lawas Anjur Ceramah Keselamatan Kebakaran Dan Demonstrasi Alat Pemadam Api

KHAMIS, 13 JANUARI 2022

LAWAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Lawas telah mengadakan Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Alat Pemadam Api di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Lawas pada Rabu.

Program tersebut telah dihadiri seramai 30 orang dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Dalam program tersebut, pihak Bomba juga telah memberikan taklimat mengenai pengenalan jabatan dan Struktur Organisasi JBPM.

Selain itu, ia turut diisi dengan ceramah demonstrasi tatacara memadam api menggunakan alat pemadam api serta ceramah mengenai sains kimia kebakaran.-EDISI UKAS

add comment