Pemasangan Culvert Selesaikan Masalah Banjir Di Desa Senadin

KHAMIS, 13 JANUARI 2022

MIRI: Kawasan Desa Senadin yang sebelum ini kerap dilanda banjir telah pun diambil tindakan. 

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata,  penduduk di kawasan itu telah membuat aduan dan tindakan sewajarnya telah diambil bersama jurutera Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Jabatan Tanah dan Survei dengan memasang culvert dan membina parit di bawah jalan bagi memudahkan pengaliran air. 

“Mereka telah membuat dua parit dan memasang culvert di bawah jalan ini. 

“Nampaknya dua parit dan culvert ini sudah siap yang dibuat pada Oktober tahun lepas. 

“Mudah-mudahan masalah banjir kilat di kawasan ini akan dapat diselesaikan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan pemantauan banjir ke Jalan Desa Senadin 1E pada Rabu. 

Turut ditinjau kawasan Desa Senadin yang merupakan kawasan perindustrian dan Jalan Desa Senadin 1 yang turut telah dipasang culvert. 

Jelas Dato Sri Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, beliau akan terus memantau situasi ini dan sekiranya berlaku banjir lagi tindakan segera akan diambil. 

Beliau sebelum ini telah meminta MBM meletakkan ‘dig in earth drainage’ ke dalam parit dan mendapati telah berjaya memerangkap sampah yang turut menjadi faktor parit tersumbat dan menyebabkan banjir kilat seperti yang berlaku pada Oktober 2021. -EDISI UKAS

add comment