11 Buah Sekolah Di Zon Sarikei Terima Sumbangan Dana PIBG

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

SARIKEI : Sebanyak 11 buah sekolah rendah manakala sebuah sekolah menengah bagi Zon Sarikei dalam kawasan Parlimen Tanjong Manis telah menerima sumbangan dana Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). 

Dana tersebut merupakan sumbangan tahunan daripada Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab bagi membolehkan setiap sekolah menjalankan aktiviti sepanjang tahun memandangkan sesi persekolahan telah pun bermula.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ir Yusuf di Dewan Sri Nyelong Sarikei pada Jumaat. 

Difahamkan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sarikei Baru telah menerima sumbangan sebanyak RM20,000. 

Manakala bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Muara Payang, SK St. Andrew Sare, SK Adin Sare, SK Abang Haji Matahir, SK Mandor Aris, Selalang, SK Sungai Sentebu, SK Bukit Kinyau, SK Jawa Kerubong, SK Agama Sarikei dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) San Ming, Sare masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM5,000.-EDISI UKAS

add comment