78 Individu Di Matu Lengkap Vaksin Dos Penggalak

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

MATU: Seramai 78 individu hadir secara sukarela bagi mendapatkan vaksinasi dos penggalak di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertempat di Dewan Serbaguna Matu pada Khamis.

Dalam pada itu, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menggalakkan individu yang belum mendapatkan vaksinasi dos penggalak untuk hadir secara ‘walk-in’ serta membawa kad pengenalan dan kad vaksinasi untuk memudahkan urusan vaksinasi.

Program tersebut berjalan lancar dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

add comment