91 Terima Suntikan Vaksin Di PPV Klinik Kesihatan Song

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

SONG : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Song telah dibuka bermula 10 Januari lepas bagi penduduk di Daerah Song untuk mendapatkan Vaksin COVID-19.

Seramai 90 orang telah menerima suntikan dos penggalak manakala seorang remaja berumur 12 tahun ke atas telah menerima dos pertama di PPV tersebut pada khamis. 

Dalam pada itu, kesemua penerima menyatakan rasa lega setelah menerima suntikan dos Penggalak tersebut. 

Program berjalan dengan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS

add comment