ADUN Batu Kitang Santuni Belia Di Kampung Bunga Rampai

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

KUCHING: Prihatin dengan golongan yang memerlukan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang turun padang menyantuni seorang belia di Kampung Bunga Rampai, pada Khamis.

Belia yang bernama Khalid mengalami kecederaan parah semasa melakukan aktiviti bersukan sebulan yang lalu dan kini keadaannya semakin stabil serta menunjukkan perkembangan positif walaupun masih dalam keadaan koma.

Dalam pada itu, Khere Chiang bersama dengan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghulurkan sedikit buah tangan kepada Khalid sekeluarga. -EDISI UKAS

add comment