ADUN Dudong Turun Padang Tinjau Lokasi Banjir Di Sibu

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing turun padang bagi melawat sendiri kawasan yang terlibat banjir kilat ekoran hujan lebat tanpa henti di Kampung Usaha Jaya Baru, Jalan Sentosa pada Khamis.

Kehadiran beliau secara mengejut bagi mengetahui perkembangan kawasan yang terlibat banjir terutamanya di kampung tersebut yang mula ditelenggami air.

Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan sentiasa dipantau dari masa ke semasa oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, tindakan ADUN Dudong itu mendapat pujian rata-rata daripada penduduk setempat memandangkan kawasan tersebut juga berpotensi untuk dinaiki air.

Arahan pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dikeluarkan sekiranya paras air dilaporkan dalam keadaan yang membimbangkan. – EDISI UKAS

add comment