ADUN Repok Agih Bantuan Katil Kepada Dua Pesakit Di Sarikei

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

SARIKEI : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbang dua buah katil kepada dua pesakit melalui Pasukan Pusat Khidmat DUN Repok pada Khamis. 

Kedua-dua penerima katil tersebut ialah Atai Atoi berusia 54 tahun yang berasal dari Jalan Meranti dan Kiu Poh Luk berusia 80 tahun yang berasal dari Jalan Repok.

Sumbangan tersebut bertujuan bagi memberi keselesaan kepada pesakit dan lebih mudah diuruskan oleh anggota keluarga masing-masing.

Dalam pada itu, ahli keluarga penerima amat bersyukur kerana di atas keprihatinan ADUN Repok yang sentiasa komited terhadap usaha meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.-EDISI UKAS

add comment