APM, PDRM Terus Pantau Beberapa Lokasi Berisiko Banjir Di Sibu

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

SIBU: Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau keadaan lokasi yang terkesan ekoran hujan lebat turun tanpa henti yang menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi di Kampung Usahajaya Baru, Jalan Sentosa Sibu dan Kampung Bahagia Jaya Teku.

Menerusi tinjauan dilakukan pada Khamis ini mendapati beberapa buah jalan dan rumah mula dimasuki air namun tiada arahan berpindah ekoran paras air masih dalam keadaan terkawal.

Setakat ini jalan masih boleh dilalui oleh kenderaan dan pejalan kaki namun sedikit sebanyak mengganggu rutin harian penduduk setempat.

Menurut penduduk setempat juga, sebahagian daripada tempat yang kerap dilanda banjir dahulu tidak terjejas disebabkan oleh pemasangan pembentung oleh pihak Jabatan Saliran dan Pengairan (DID) dan Majlis Pembandaran Sibu (SMC).-EDISI UKAS

add comment