Insiden Tanah Runtuh Halang Laluan Utama Tujuh Kampung Di Kawasan Biya, Padawan

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

PADAWAN: Kejadian tanah runtuh telah menutup laluan utama Jalan Kambug yang menghubungkan tujuh buah kampung di kawasan Biya, pada Khamis.

Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Nusaraya, Kampung Kamas, Kampung Kakas, Kampung Kiding, Kampung Parang, Kampung Assum dan Kampung Sapit termasuk sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kambug.

Ketua Kaum Kampung Assum, Siang Sayod memberitahu, kejadian tersebut akibat daripada hujan tanpa henti sejak Isnin lepas yang menyebabkan keadaan struktur tanah tidak kuat dan tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Beliau juga telah memaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil untuk melakukan tindakan segera bagi meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) melakukan kerja pembersihan. -EDISI UKAS

add comment