Kerosakan Jalan Berhampiran INTAN Kampus Samarahan Siap Dibaik Pulih

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

SAMARAHAN: Jalan persimpangan keluar ke bulatan berhampiran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Samarahan di sini yang mengalami kerosakan baru-baru ini telah siap dibaik pulih.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang memaklumkan kerja membaik pulih jalan tersebut telah dilaksanakan dan berjalan lancar.

Jelasnya, agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) turut diminta untuk melakukan pemantauan keadaan jalan dan segera dibaik pulih sekiranya mengalami kerosakan.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat menerusi aplikasi WhatsApp kepada JKR Sarawak RoadCARE di talian 011-7017177 sekiranya mempunyai aduan mengenai kerosakan jalan. -EDISI UKAS

add comment