Kerosakan Pontoon Terminal One Sarikei Akan Dibaik Pulih

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

SARIKEI : Terminal One Sarikei di bawah kawalan Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengalami kerosakan pada pontoon sebelum ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii yang diwakili Penghulu Huang Tiong Kang turun padang bagi meninjau keadaan sebenar dan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

Menurut Penghulu Huang Tiong Kang, kerja baikpulih hendaklah dilakukan dengan segera bagi mengelak berlakunya kemalangan. 

Sehubungan itu, bagi tidak menjejaskan perkhidmatan seharian Terminal One Sarikei, pihak berkuasa akan menutupkan penggunaan pontoon yang telah rosak dan mengunakan pontoon yang masih dalam keadaan yang baik.

Pada masa yang sama, Penghulu Huang mengingatkan orang ramai yang hendak menggunakan bot penumpang supaya memakai jaket keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga.-EDISI UKAS

add comment