LSS Serah Peralatan Logistik Kepada BBP Lopeng Miri

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

MIRI: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah menyerahkan sumbangan berupa peralatan logistik kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng Miri pada Khamis.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Seri Lee Kim Shin antara peralatan logistik yang diberikan ialah 50 unit jaket keselamatan, 10 unit pelampung keselamatan dan 12 unit baju hujan.

“Peralatan ini adalah sebagai bantuan persiapan menghadapi sebarang kemungkinan berlaku bencana banjir pada masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi penyerahan peralatan itu di BBP Lopeng.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dan agensi penyelamat termasuk Bomba telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana dan sentiasa bersiap siaga termasuk menggerakkan semua kemudahan serta aset menyelamat untuk menghadapi musim tengkujuh dan banjir pada kali ini.

Hadir sama, Pemangku Residen Bahagian Miri Jamalie Busri, Ketua Zon 6 Penguasa Kanan Bomba 1 Law Poh Kiong dan Pengerusi LSS Miri Dr Murni Suhaili.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia