Polis Marin Tahan Lelaki Miliki Barang Kawalan Tanpa Dokumen Kebenaran

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

BINTULU: Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak telah menahan seorang suspek lelaki warganegara dan merampas barangan berjumlah RM328,800.

Suspek ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen atau surat kebenaran membawa barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Barang yag dirampas adalah sebuah pengerak utama berwarna putih (FAW) yang dianggarkan bernilai RM250,000, sebuah semi trailer tangki warna putih dianggarkan bernilai RM10,000 dan 32,000 liter minyak diesel bernilai RM68,800.

Kesemua barang rampasan dan tangkapan telah diserahkan dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Bintulu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Saspek ditangkap di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan tanpa permit atau tanpa kebenaran khas dari pihak KPDNHEP.-EDISI UKAS

add comment