SABTU, 15 JANUARI 2022
SIBU: Seramai 46 mangsa banjir disantuni oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek dalam lawatan beliau ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Jeriah pada Jumaat.
Ekoran hujan lebat yang berterusan menyebabkan berlaku banjir kilat dan telah menenggelami beberapa kawasan rendah di Kampung Jeriah sejak Rabu.
Beberapa buah jalan turut terkesan dan ditenggelami air namun masih dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Menurut laporan yang diterima, pemantauan daripada pihak yang terlibat dilakukan dari masa ke semasa bagi mengetahui status paras air dan langkah persediaan di kawasan terjejas. – EDISI UKAS