SABTU, 15 JANUARI 2022
SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing sekali lagi mengadakan lawatan bagi mengetahui status paras air di Kampung Usaha Jaya yang terkesan ekoran hujan tanpa henti sejak dua hari lepas.
Kali ini, beliau turut melawat kawasan kampung tersebut bersama pihak Jabatan Saliran dan Pengairan (DID) Sibu untuk mencari penyelesaian masalah banjir kilat di kampung tersebut pada Jumaat.
Beberapa buah jalan juga telah ditenggelami air namun masih dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan dan keadaan di kampung tersebut masih terkawal dengan pemantauan daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Terdahulu pada Khamis beliau turut melawat kampung berkenaan bagi mengetahui maklumat semasa di kawasan kampung tersebut. – EDISI UKAS