ADUN Kalaka Adakan Sesi Perbincangan Projek Pembangunan Di Empayak

SABTU, 15 JANUARI 2022

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kalaka, Mohamad Duri telah mengadakan perbincangan bersama penghulu di kawasan Empayak bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan keperluan penduduk di kawasan berkenaan di Pejabat Daerah Roban.

Perbincangan pada Jumaat itu memfokuskan isu penduduk di kawasan berkenaan yang belum mempunyai jalan darat yang sempurna.

Tuai Rumah, Augustine Juti turut hadir bagi mendengar dan memberikan cadangan berkaitan dengan pembangunan  di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Duri juga akan memastikan beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah dicadangkan sebelum ini akan diteruskan dengan pembahagian yang lebih teliti dan diagih dengan adil mengikut keperluan tempat.

Perbincangan tersebut juga telah dihadiri oleh Pegawai Takbir Menguasa Daerah Kecil Roban, Micheal Meling; Penghulu Wilfred Empati dan Penghulu Lim Kheng Huat.-EDISI UKAS

add comment