ADUN Lambir Rasmi Pertandingan Badminton Piala Dato Mustapha Julaihi

SABTU, 15 JANUARI 2022

LAMBIR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Dr Ripin Lamat baru-baru ini telah merasmikan Pertandingan Badminton Piala Dato Mustapha Julaihi di Star Sport Complex.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Amal Amanah Miri dengan kerjasama Pekida Ranting AAM dan Starlux Sport.

Ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana seramai 128 orang pemain telah mendaftar untuk turut serta.

Semasa berucap, ADUN Lambir itu turut mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan berharap semua pemain berjaya dalam pertandingan tersebut. – EDISI UKAS

add comment