Aktiviti Perniagaan Di Pasar Basah Batu 3 Berjalan Seperti Biasa Mengikut SOP

SABTU, 15 JANUARI 2022

KUCHING : Pemantauan pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Pasar Basah Batu 3 baru-baru ini mendapati tiada pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) melibatkan peniaga dan pelanggan.

Biarpun Sarawak kini telah memasuki Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, kelihatan perniagaan berjalan seperti biasa mengikut norma baharu yang telah sedia maklum.

Setiap peringkat umur masing-masing mempraktikkan cara-cara penjagaan dan keselamatan diri dengan menjaga penjarakan fizikal termasuk menggunakan pelitup muka.

Pasar Basah Batu 3 ini dijangka sesak menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Justeru pemantauan secara berkala akan dilakukan dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19. -EDISI UKAS

add comment