APM Pantau Tiga Kampung Berisiko Banjir Di Simunjan, Paras Air Masih Terkawal

SABTU, 15 JANUARI 2022

SIMUNJAN : Pemantauan ke kawasan-kawasan yang berisiko banjir terus dilakukan oleh pihak Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Simunjan.

Kali ini melibatkan Taman Hijrah, Kampung Kelka dan Kampung Sabun.

Hasil pemantauan dilakukan di lokasi-lokasi yang terbabit mendapati paras air masih lagi berada di dalam keadaan terkawal dan tiada proses pemindahan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga di buka.

Menurut pihak APM lagi, pemantauan ke kawasan yang berisiko banjir akan terus dilakukan dari semasa ke semasa.

Justeru, sebarang kecemasan boleh menghubungi MERS 999 dan PKOD Asajaya 082827091.-EDISI UKAS

add comment