Beri Kerjasama Untuk Mudahkan Kerja Penyukatan Tanah NCR

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

SERIAN : Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah menghadiri Dialog Pengukuran Lot-lot Individu (Pertanian Fasa ll) melalui inisiatif baharu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Kampung Panchor Dayak pada Jumaat.

Menerusi dialog anjuran Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian itu, hadirin yang hadir diterangkan dengan lebih jelas mengenai penyukatan tanah di bawah inisiatif berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Datuk Roland dalam ucapan ringkasnya memohon agar penduduk memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei supaya kerja-kerja penyukatan itu nanti berjalan lancar.

Beliau turut mengingati para penduduk untuk tidak menjual tanah hak milik kepada orang luar apabila sudah menerima surat tanah kelak, sebaliknya mencuba untuk mengusahakan tanah masing-masing untuk kebaikan misalnya, projek pertanian yang boleh membawa manfaat kepada penduduk Kampung.

Hadir sama, Pegawai dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian,Attin Rimpa dan Suria Salem, Pengerusi Dayak Bidayuh National Association (DBNA) Bung Sadung,Nicholas Amin, Ketua Kampung Panchor Dayak,Buri Gamui serta Penghulu Sirau Lungkis.-EDISI UKAS

add comment