Datuk Ding Adakan Perbincangan Kaunter Pembayaran SESCO, Serah Sumbangan Kepada Kelab Pendidikan Khas SMK Bandar Bintangor

SABTU, 15 JANUARI 2022

BINTANGOR: Syarikat SESCO Berhad akan menyediakan mesin untuk pembayaran bil elektrik dalam masa yang terdekat bagi memudahkan penduduk di Bintangor membuat pembayaran bil.

Langkah itu berikutan penutupan operasi kaunter khidmat pelanggan di SESCO Bintangor sejak 1 Januari 2022.

Pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah mengadakan perbincangan bersama-sama pihak SESCO Sarawak susulan wujud kebimbangan warga Bintangor terutamanya warga emas terhadap perkara berkenaan.

Beliau juga berharap pihak SESCO dapat menyediakan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di mesin berkenaan untuk memberikan tunjuk ajar kepada orang awam mengenai kaedah pembayaran bil menggunakan mesin itu nanti.

Dalam pada itu, Datuk Ding turut memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Kelab Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor sebagai sokongan untuk penjualan biskut dan kraftangan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang.

Turut hadir Senior Manager, Customer Service, Central Sibu Region, Ngu Hie Hie; Retail Executive In Charge, Sarikei Region, Syarifah Khairunnisa Firdausyiah Syed Yusuf dan Guru Pendidikan Khas SMK Bandar Bintangor, Chin Hie Yieng.-EDISI UKAS

add comment