Promosi Jualan Keluarga Malaysia Di Aldi Supermarket Sri Aman

SABTU, 15 JANUARI 2022

SRI AMAN : Pelbagai barangan keperluan boleh diperolehi dengan harga promosi di Aldi Supermarket Sri Aman pada 15 dan 16 Januari 2022 bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang menerusi program Promosi Jualan Keluarga Malaysia (PJKM).

Program yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama dalam kalangan berpendapatan rendah.

Pelaksanaan PJKM melibatkan jualan barangan keperluan harian dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran tempatan disamping memberi pelbagai pilihan kepada pengguna. 

Sehubungan dengan itu, warga Sri Aman serta kawasan berdekatan seharusnya mengambil peluang ke atas usaha KPDNHEP dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan.-EDISI UKAS

add comment