440 Pelumba Sertai Kejohanan Lumba Basikal Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

AHAD, 16 JANUARI 2022

KUCHING: Kejohanan Lumba Basikal Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bertempat di Jalan FAC Matang, Kuching dan telah melabuhkan tirai pada Ahad.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini julung kalinya kejohanan lumba basikal diadakan di Sarawak. 

“Ianya merupakan permulaan yang baik setelah dua tahun menyepi. 

“Perlumbaan ini antara usaha kita untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan saya percaya sekiranya ada pemenang yang mempunyai had umur lingkungan SUKMA, mereka boleh diserap untuk mewakili Sarawak dan itu terpulang kepada pihak kejurulatihan,” jelas beliau selepas melakukan Flag-Off Kategori Terbuka Lelaki Kejohanan Lumba Basikal Piala Datuk Seri Karim Rahman Hamzah 2022.

Seramai 440 pelumba mewakili pelbagai kelab di negeri ini termasuk pelumba daripada skuad Sukma Sarawak dengan sebanyak 15 kategori  dipertandingkan.

Kejohanan ini turut disokong oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan penaja.-EDISI UKAS

add comment