ADUN Dudong Cadang Tambah Baik Jalan Utama, Elak Limpahan Air Sungai Seduan

AHAD, 16 JANUARI 2022

SIBU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing turun padang bagi melawat kawasan banjir di Lorong Old Oya 22 sejurus menerima aduan banjir daripada penduduk pada Sabtu. 

Kawasan tersebut dilimpahi air dari Sungai Seduan susulan hujan yang turun berterusan sehingga menyebabkan jalan utama di kawasan ini dinaiki air sehingga 2 – 3 kaki.

Menurut Datuk Seri Tiong, beliau akan terus berhubung dengan pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah ini termasuk mendapatkan peruntukan sewajarnya bagi menambahbaik apa yang perlu seperti meninggikan jalan utama kepada lima kaki. 

Tegasnya, beliau tidak mahu penduduk termasuk anak-anak terpaksa meredah limpahan air sungai setiap hari untuk ke sekolah. 

“Perkara ini sesuatu yang amat menyedihkan dan membimbangkan serta perlu diselesaikan dengan segera,” katanya.-EDISI UKAS

add comment