ADUN Lambir Mahu Projek Bina Baru Jambatan Sungai Satap 1 Disiapkan Mengikut Jadual

AHAD, 16 JANUARI 2022

LAMBIR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat telah mengadakan lawatan ke Jambatan Sungai Satap 1.

Beliau yang juga Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan  berkata, lawatan itu bertujuan memantau perlaksaan projek Bina Baru Jambatan Sungai Satap 1 yang kini sedang dalam pembinaan. 

“Saya berharap projek bina baru jambatan ini akan disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

“Apabila siap kelak sekaligus membawa kesenangan kepada penduduk-penduduk rumah panjang di kawasan itu,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada Sabtu. 

Jambatan Sungai Satap 1 ini akan menghubungkan Rumah Panjang Awain Seloi dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Satap dan Rumah Mokeng dengan kos pembinaan sebanyak projek RM500,000.-EDISI UKAS

add comment