Banjir Sekitar Kawasan Stabau Masih Dalam Keadaan Terkawal

AHAD, 16 JANUARI 2022

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing telah membuat tinjauan di sekitar kawasan Stabau pada Sabtu dan mendapati beberapa jalan telah ditenggelami air. 

Huan lebat yang turun tanpa henti menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa tempat di sekitar Sibu terutama sekali di kawasan rendah. 

Namun, tiada keluarga yang diarahkan untuk berpindah memandangkan kebanyakan rumah di kawasan tersebut agak tinggi dan hanya jalan masuk ke rumah sahaja terputus jalan. 

Lokasi tersebut dalam keadaan masih terkawal dan pemantaun juga dilakukan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).-EDISI UKAS

add comment