Gelanggang Futsal Baharu Dibina Di Kampung Senibung, Singai

AHAD, 16 JANUARI 2022

BAU: Penduduk Kampung Senibung bakal memiliki sebuah gelanggang futsal baharu di kampung berkenaan yang akan dibangunkan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2022.

Menteri Muda Pengangkutan II Sarawak, Dato Henry Harry Jinep telah mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi projek berkenaan pada Ahad.

Berucap ringkas dalam program santai belia Kampung Senibung, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru turut mengumumkan kelulusan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM30,000 bagi menaik taraf Dewan Serbaguna Kampung Senibung.

Beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada persatuan belia kampung tersebut di bawah peruntukan yang sama.

Turut hadir, Ketua Kaum Kampung Senibung, Morris John Siren. -EDISI UKAS

add comment