PDP Dudong Tubuh Pasukan Khas Bantuan Bencana Daerah Tengah

AHAD, 16 JANUARI 2022

SIBU: Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Cawangan Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing bersama Ketua Pemuda PDP selaku Pengerusi Pasukan Khas Bantuan Bencana, Cr. Joshua Ting Fu Ying telah menubuhkan Pasukan Khas Bantuan Bencana Daerah Tengah bagi membantu kerja-kerja bantuan bencana dan pemulihan pasca bencana di pelbagai daerah.  

Menurut Cr. Joshua, beliau menyeru anak muda dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai pasukan tersebut secara aktif. 

“Kami akan memberikan pengetahuan dan kemahiran asas menyelamat banjir dan meningkatkan keupayaan perlindungan diri,” katanya semasa ditemubual media pada Sabtu. 

Sesiapa sahaja yang ingin sertai Pasukan Khas tersebut boleh menghubungi Pembantu Cr. Joshua Ting Fu Ying, Willie di 012-8852460. 

Dalam pada itu, Syarikat Mlrb Sdn Bhd dan Syarikat Chan Shen Meat Market Sdn Bhd telah menyumbangkan dua buah bot kecil bagi kegunaan Pasukan Khas Bantuan Bencana Daerah Tengah pada Sabtu. 

Manakala, sebuah lagi bot bersaiz besar adalah daripada Parti PDP Cawangan Dudong sendiri dan setakat ini hanya terdapat 3 buah bot sahaja bagi kegunaan Pasukan Khas nantI. -EDISI UKAS

add comment