AHAD, 16 JANURI 2022
SIBU:Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Jeriah yang menempatkan seramai 44 orang mangsa banjir sejak 13 Januari lalu telah ditutup berkuatkuasa Sabtu.
Penutupan PPS tersebut setelah mendapat maklumbalas daripada agensi Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) & Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sibu.
Mangsa banjir diarahkan untuk kembali ke rumah masing-masing memandangkan air telah surut dan rumah selamat untuk didiami.
Sehubungan itu, mangsa banjir menyatakan rasa syukur kerana dapat kembali ke rumah masing-masing.-EDISI UKAS