ISNIN, 17 JANUARI 2022
LAMBIR: Sebanyak 10 pasukan telah menyertai Pertandingan Bola Sepak anjuran Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Bukit Peninjau baru-baru ini.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan perasmian telah disempurnakan Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan 2 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat.
Simbolik perasmian telah diadakan dengan membuat sepakan penalti.