ADUN Bukit Begunan Terus Berusaha Penuhi Hasrat Rakyat

ISNIN, 17 JANUARI 2022

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang akan terus berusaha untuk memenuhi hasrat seperti yang dijanjikan kepada penduduk di kawasannya.

Beliau ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak Rumah Tina Majeng, Melugu Tembawai Papan pada Ahad berkata, peranan Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) turut diperlukan untuk bekerjasama dalam tadbir urus.

Selain itu, Datuk Mong memaklumkan, sebanyak RM190,000 diperuntukkan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk bina baharu Rumah Tina Majeng, RM5,000 menerusi Projek Kecil Luar Bandar untuk Biro Wanita dan peruntukan RM50,000 di bawah RTP untuk pembinaan tapak pengumpulan sampah di kawasan Melugu Skim.

Dalam program sama, beliau turut menyampaikan cek MRP RM8,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melugu Tembawai Papan. -EDISI UKAS

add comment