ADUN Tellian Santuni Penduduk Terkesan Banjir

ISNIN, 17 JANUARI 2022

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine turun padang bagi memantau kawasan yang terjejas banjir di kampung Judan Hilir Mukah pada Jumaat ekoran paras air naik seawal jam 3 pagi itu menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.

Dalam pada itu, Royston berharap agar penduduk-penduduk yang terkesan untuk bersabar bagi berhadapan dengan dugaan ini.

Selain itu, beliau turut menyantuni beberapa buah sumbangan Saberkas Prihatin Cawangan Tellian kepada penduduk Kampung Judan yang terkesan akibat banjir dan sumbangan berupa barangan asas juga diserahkan kepada Ketua Isi Rumah, Sidek Puji bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

ADUN Tellian turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mukah  yang sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi bencana banjir bagi membantu penduduk yang terkesan. – EDISI UKAS

add comment