Air Sungai Tinjar Naik Bawa Rezeki Kepada Penduduk Kampung

ISNIN, 17 JANUARI 2022

TINJAR: Paras air naik di Sungai Tinjar sejak awal tahun ini telah memberi rezeki kepada penduduk kampung. 

Bagaimanapun, bagi penduduk Kampung Long Jegan keadaan tersebut telah memberi limpahan rezeki apabila hasil sungai seperti ikan tapah dan ikan menalan mudah diperolehi.

Penduduk mengambil kesempatan memasang pukat di tebingan sungai dan hasilnya sangat lumayan sehingga lebihan ikan itu dapat dijual kepada penduduk lain. 

add comment