Banjir Kilat Di Matu Semakin Pulih

ISNIN, 17 JANUARI 2022

MATU: Banjir kilat yang melanda Kampung Sekaan Besar, Kampung Jemoreng, Kampung Treng, Kampung Bertong dan Pasar Matu kini semakin pulih.

Pemantauan pada Isnin mendapati hampir kesemua jalanraya penghubung masih terjejas dengan air namun masih boleh dilalui oleh kenderaan.

Tinjaun ke Kampung Bawang pula menyaksikan tiada jalan yang terjejas akibat banjir dan hanya takungan air limpahan dari sungai di bawah rumah penduduk.

Sesi persekolahan juga berjalan seperti biasa di tiga buah sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu, Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Selair dan SK Orang Kaya Sergunim memandangkan keadaan paras air masih terkawal.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan tersebut disarankan untuk sentiasa berjaga-jaga memandangkan keadaan cuaca masih mendung dan berawan tebal yang berkemungkinan akan menyebabkan hujan di kawasan itu. – EDISI UKAS

add comment