Datu Ik Pahon Turun Padang Tinjau Operasi Baraj Kuching

ISNIN, 17 JANUARI 2022

KUCHING: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datu Ik Pahon Joyik turun padang bagi meninjau operasi di Baraj Kuching pada Isnin.

Beliau memberitahu, lawatan kerja itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai langkah dan persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir.

“Kami telah dimaklumkan mengenai persediaan pihak Baraj Kuching dan berpuas hati dengan strategi yang diambil adalah selaras dengan rancangan JPBNS.

“Strategi tersebut melibatkan ‘Real-time CCTV’ iaitu bagi melihat rakaman dalam masa nyata secara langsung dari Baraj ke sekretariat JPBNS,” katanya.

Datu Ik Pahon turut menambah, Baraj Kuching memainkan peranan dalam memastikan proses mitigasi dilakukan dengan berkesan dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL). -EDISI UKAS

add comment