Datuk Amar Awang Tengah Tinjau Pembinaan Projek Jeti dan Anjung Usahawan Kampung Noor Islam

ISNIN, 17 JANUARI 2022

LAWAS: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah melawat Projek Jeti dan Anjung Usahawan Kampung Noor Islam Kuala Lawas pada Ahad. 

Kedua-dua projek tersebut di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dan kini sedang dalam pembinaan yang menyaksikan pembangunan di Kampung Noor Islam Kuala Lawas itu terus dilaksanakan. 

Beliau menzahirkan rasa gembira di atas pelaksanaan projek ini dan mahu ianya disiapkan mengikut masa yang ditetapkan bagi keperluan penduduk setempat. 

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lawas Dato’ Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denny Ahmad Fauzi, Penolong Pegawai Daerah Lawas Joseph Ganang Surang, Pengarah NRDA Dato Ubaidillah Abdul Latiff, wakil Zon Kuala Lawas Kauselor Matamin Ahmad dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Ahli Jawatankusa Parti Zon Kuala Lawas.-EDISI UKAS

add comment