Projek Naik Taraf Lampu Isyarat Di Samarahan Sedang Dilaksana

ISNIN, 17 JANUARI 2022

KUCHING: Projek menaik taraf lampu isyarat pintar di Kota Samarahan bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan itu kini sedang dilaksanakan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin berkata, lampu isyarat tersebut menggunakan teknologi kecerdasan buatan bagi mengurus dan meningkatkan keberkesanan mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya di bahagian itu.

“Lima bulatan yang terlibat adalah Setia Raja-Samarahan Stutong-Samarahan, persimpangan ILP/LKIM, Pusat Jantung Sarawak-Samarahan dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)-Samarahan,” katanya ketika media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya di sini pada Isnin.

Jelasnya lagi, pihaknya juga merancang untuk memastikan kesemua lampu isyarat di negeri ini akan dinaik taraf kepada lampu isyarat pintar.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu kementeriannya akan mengadakan program ‘Awareness Behaviour Change’ (Ubah Sikap Pemandu) dalam masa terdekat bagi mendidik pengguna jalan raya untuk terus mematuhi peraturan lalu lintas. -EDISI UKAS

add comment