ISNIN, 17 JANUARI 2022
BAU: Gelanggang futsal Kampung Tanjong Poting menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2021 telah siap sepenuhnya.
Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep memberitahu, peruntukan projek RTP RM150,000 tersebut merupakan satu lagi inisiatif beliau untuk para belia di kampung berkenaan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Tasik Biru turut memaklumkan, peruntukan RM30,000 diluluskan bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) tahun 2022 untuk menaik taraf Dewan Serbaguna Kampung Tanjong Poting.
Selain itu, Dato Henry berkata ketika merasmikan gelanggang futsal Kampung Tanjong Poting pada Ahad, peruntukan sebanyak RM10,000 dibawah projek MRP juga diluluskan untuk belia kampung tersebut. -EDISI UKAS