RELA Pantau Pematuhan SOP Di Pekan Sebuyau

ISNIN, 17 JANUARI 2022

SEBUYAU :  Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ke lokasi tumpuan orang awam di Pekan Sebuyau pada Isnin.

Pemantauan meliputi kawasan premis-premis jualan bertujuan memastikan para peniaga dan pengguna terus mematuhi garis panduan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Selain itu, kawasan parkir kereta, perkampungan dan tempat terbuka awam juga dipantau.

Hasil tinjauan mendapati, setiap premis telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan menyediakan tempat yang diyakini selamat dan bersih disamping memastikan pelanggan mematuhi SOP sebelum memasuki premis.-EDISI UKAS

add comment