SELASA, 18 JANUARI 2022
LIMBANG: Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah telah menyampaikan simbolik Bantuan Bakul Makanan kepada pelatih di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Limbang di Taman Batu Keramat pada Ahad.
Sebanyak 80 bakul makanan telah disumbangkan Pusat Khidmat Parlimen Limbang dan FELCRA kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di PDK Limbang.
Sementara itu, Pengerusi PDK Limbang Peter Mambjoll Thomas Uchang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Hasbi dan FELCRA di atas sumbangan bantuan bakul makanan tersebut.
Pada majlis itu juga, beliau yang mewakili pengurusan PDK Limbang menyuarakan hasrat untuk memiliki bangunan sendiri memandangkan PDK sedia ada merupakan perumahan yang disewa.
Hadir sama Pemanca Jun Silah dan Penyelia PDK Limbang Lorah Balang.-EDISI UKAS