ADUN Tasik Biru Saksi Serah Tapak Projek Bangunan Pasar Bau Baharu

SELASA, 18 JANUARI 2022

BAU: Bangunan pasar baharu untuk menjual barangan basah berhampiran Ming Ming Wholesale di sini yang bernilai hampir RM2 juta mula dibina dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan.

Projek rakyat menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu dilaksanakan untuk menggantikan bangunan sedia ada bagi menambah baik kesesuaian dan keselesaan kepada penjual dan pengunjung.

Menteri Muda Pengangkutan II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep telah hadir menyaksikan serah tapak projek tersebut yang dilakukan oleh Setiausaha Majlis Daerah Bau, Simon Wong Hong Yong kepada kontraktor dilantik pada Selasa.

Kerja-kerja pembinaan pasar basah (non-halal) menjual daging ayam dan khinzir itu akan bermula selepas serah tapak tersebut dilakukan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Bau merangkap Pengerusi Majlis Daerah Bau, Anielia Siam. -EDISI UKAS

add comment