Dato Sri Nancy Lawat Tangki Air Aras Tinggi Zon Pangkor

SELASA, 18 JANUARI 2022

SIMUNJAN: Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri turun padang bagi melakulan lawatan ke kawasan Tangki Air Aras Tinggi Zon Pangkor pada Isnin.

Beliau memberitahu, penduduk di kawasan tersebut kini dapat menikmati kemudahan bekalan air bersih menerusi Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Lubok Punggor yang bernilai RM45 juta.

Dato Sri Nancy berasa gembira setelah melihat sendiri keadaan kampung berdekatan kawasan Zon Pangkor mendapat manfaat seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Sarawak.

“Kita turut bersyukur kerana dapat melihat perkembangannya dari tiada hingga ke ada dan ini dapat membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Kepada Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Awang Safri Awang Ahmad. -EDISI UKAS

add comment