Program Az-Ziyarah Semarakkan Syiar Islam di Saratok

SELASA, 18 JANUARI 2022

SARATOK: Jabatan Mufti Negeri Sarawak telah mengadakan Program Az-Ziyarah Mufti dengan masyarakat di Masjid Al-Muhtadin Saratok sempena sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Negeri Sarawak pada Isnin.

Antara objektif utama program tersebut adalah bagi mengeratkan silaturahim antara Jabatan Mufti dengan masyarakat setempat di samping menyampaikan maklumat serta meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menghayati ajaran Islam dalam kehidupan.

Antara pengisian program adalah sesi dialog bersama Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri; Pegawai Daerah Saratok, Haron Mahidi; Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Mual Suaud; Ketua penolong Mufti Bahagian Fatwa, Mohd Syarifudin Abd Kadir; Temenggong Piee Awi dan Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Saratok. -EDISI UKAS

add comment