14 Sekolah Sekitar Miri, Subis Dan Baram Sertai Program Kemahiran Arduino

RABU, 19 JANUARI 2022

MIRI: Sarawak Skill telah menganjurkan Program Kemahiran Arduino di Hotel Imperial Miri pada Rabu.

Ini merupakan julung kalinya program sebegini dianjurkan selepas dua tahun negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan  merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat hadir dan merasmikan tersebut. 

Dalam ucapannya beliau berkata, Sarawak masih ketandusan pekerja mahir dalam bidang teknologi robotik automatif. 

“Program ini saya lihat secara tidak langsung dapat membantu para peserta untuk mengembangkan idea serta kemahiran dalam inovasi dan penggunaan sensor sejajar dengan impian kerajaan ke arah revolusi perindustrian 4.0 yang memfokuskan kepada sektor pembuatan,” katanya. 

Sebanyak 14 buah sekolah menengah di sekitar daerah Miri, Subis dan Baram mengambil bahagian yang bertemakan ‘It’s not about ideas. It’s about making ideas happen’. 

Ianya diadakan selama dua hari yang bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan sensor dan motor untuk mencipta sistem automasi. 

Ini secara tidak langsing memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. -EDISI UKAS

add comment